Saturday, October 17, 2009

Buah Tiin = Mas Cotek = Ficus Family

FAKTA YG PERLU KITA TAHU
Mengenai Herba Mas Cotek

Pokok tiin nama saintifiknya ialah Ficus Carica
Mas cotek nama saintifiknya Ficus Deltoidea

Jadi dua tumbuhan ini adalah dari keluarga yang sama - Ficus

Mengikut kajian telah dibuat oleh Prof J.A. Vinson dari Universiti Seranton, Pennsylvania, AS. buah tiin dapat membantu
- Mengurangkan tahap kolesterol
- Menjauhkan dari angin ahmar
- Menstabilkan tekanan darah
- Mengawal berat badan
- Menangani penyakit kencing manis
- Sebagai pengawal melawan kanser
- Memerangi batu ginjal
- Mencegah sembelit
- Melancarkan sistem perkumuhan


Menurut kitab tafsir kabir atau Mafatihul Ghaib dalam Surah At Tiin karangan Fakharuddin Arazzi dan beberapa kitab tafsir yang lain menyebutkan bahwa buah tiin dapat menolong
- Mencuci hati
- Membersihkan kahak-kahak
- Lelah
- Membersihkan buah pinggang
- Sendi-sendi (gout)
- Buasir

Dalam kajian Universiti Malaya, Mardi dan UPM mendapati mas cotek atau Ficus Deltoidea dapat membantu dalam
- Mengurangan risiko barah pancreas, paru-paru dan prostate
- Mengurangkan risiko angin ahmar dan sakit jantung
- Menstabilkan paras tekanan darah samada darah tinggi atau rendah
- Mengelakkan pembekuan darah dan arteri yang tersunbat
- Mengecutkan saluran peranakan
- Merapatkan pintu rahim wanita selepas bersalin
- Melawaskan haid, mengubati senggugut dan penyakit keputihan
- Meningkatkan fungsi seksual lelaki
- Meningkatkan kesihatan wanita selepas putus haid
- Membaikpulih tisu rosak akibat melecur atau luka
- Menurunkan kadar kolesterol dalam darah
- Memulihkan kesihatan tulang
- Mengubati sakit sendi dan gout
- Mengubati alahan terhadap debu
- Mengubati kencing manis