Wednesday, November 4, 2009

ISOmedic - Minuman Kesihatan

Hutan hujan tropika Malaysia adalah unik, dengan pelbagai tumbuhan dan haiwan berharga anugerah Ilahi. Pelbagai tumbuhan herba tumbuh dengan subur di sini. Antaranya tongkat ali, kacip fatimah, misaim kucing, mengkudu dan banyak lagi. Herba-herba ini telah ada dipasaran dan kaedah penggunaan kebanyakkannya adalah secara tradisional. Para pengamal herba mencari tumbuhan herba lain yang boleh diketengahkan sebagai rawatan altenatif dimana pasaran herba semakin meningkat di negara kita ini.
Untuk terus bersaing dalam pasaran, para pengusaha atau pengamal herba harus menghasilkan produk herba yang mampu bersaing samada tempatan atau global. Kaedah penyediaan yang moden dan mesra pengguna akan menarik lebih ramai untuk meminati produk tersebut.
Salah satu nama herba yang mula dikenali ramai ketika ini selepas tongkat ali, kacip fatimah, misai kucing dan pegaga ialah mas cotek. Mas cotek atau nama saintifiknya ficus deltoidea adalah satu herba alternatif yang berpotensi untuk dipasarkan samada tempatan atau global. Secara tradisinya mas cotek digunakan untuk rawatan ibu-ibu lepas bersalin. Daunnya direbus dan airnya diminum agar sistem peranakan kembali kepada keadaan asal dan juga sebagai untuk menjarangkan anak. Ada juga pengamal perubatan mendakwa ia sebagai remedi untuk kekal ayu dan awet muda. Tetapi semua ini tiada kajian khusus untuk membuktikannya.
Mas cotek terdiri dari pokok jantan yang berdaun kecil tirus dan pokok betina berdaun lebar, tebal dan bulat. Warna atas daun adalah hijau berkilat dengan bintik-bintik bewarna emas bertaburan di atasnya. Sebelah bawahnya pula terdapat bintik hitam diantara urat daunnya.


(Belakang daun betina - ada tanda hitam diantara dua urat )

(Atas daun betina - tanda keemasan bertaburan)

( buah mas cotek - khasiat sama dgn buah tin)

( daun jantan - lebih kecil dan runcing)

Di Malaysia terdapat 15 syarikat yang menjalankan perniagaan herba mas cotek. Negeri Kedah 1, Pulau Pinang 1, Perak 2, Melaka 2, Negeri Sembilan 2, Johor 2, Selangor 3 dan Kelantan 3. Produk –produk yang dihasilkan adalah seperti teh, minyak urut, kapsul dan kopi.
Mas cotek atau dalam bahasa Inggerisnya “mistletoe fig” telah dikaji secara saintifik oleh MARDI dan Universiti Malaya. Hasil kajian telah menunjukkan bahawa mas cotek ini mempunyai 5 komponen aktif yang berguna untuk tubuh manusia. Komponen tersebut adalah flavonoids, tannins, triterpenoids, proanthocyanins dan phenols.

Bila mas cotek ini digabungkan antara jantan dan betina, seperti yang telah dilakukan oleh syarikat dari Sabak Bernam Selangor, Delto Medicama Plantation, dimana gabungan 7 spesis terpilih iaitu 4 betina dan 3 jantan dengan kadar yang tertentu, keputusan hasil kajian yang dilakukan ke atas fomulasi ini sedikit berbeza dari sejenis mas cotek. Berikut adalah komponen dari kajian tersebut setelah dijadikan ekstrak;

Flavonoids - Anti-oksida yang kuat, yang mana membantu mengekalkan peredaran darah yang sihat
Apporodiciax - hormon untuk kelelakiann
Naringin - Sebagai anti-hypertention atau anti-oksidan
Moritinol - Sebagai anti-diabetis (mengurangkan kandungan gula dalam darah).
Phytoestrogen - Membantu melewatkan monopos atau bertindak sebagai awet muda.
Energy - Penyumbang tenaga

Dari keputusan hasil kajian, tiada logam berat dan steroids, maka pihak MARDI sanggup memberikan bimbingan dan satu produk telah berjaya dihasilkan, iaitu minuman untuk kesegaran dan kesihatan. Minuman ini dapat memberi kesegaran kerana elemen-elemen yang diadun adalah setanding dengan lain-lain produk. Tetapi kelebihan minuman ini adalah tambahkan ekstrak herba mas cotek gabungan 7 spesis yang terpilih tadi dapat membantu kearah kesihatan.

Gabungan 7 spesis mas cotek Delto telah mendapat perhatian oleh pelbagai pihak juga agensi dan universiti kerana keunikan formula gabungannya yang dipelajari dari Guinee, Afrika Barat yang mereka panggil "kang kali bang" . Mereka membuat analisis dan kajian dari pelbagai aspek. Antaranya adalah seperti di bawah.

Kajian Potensi Herba dalam penyakit Kencing Manis

Kajian Preliminari – Kesan penurunan glukosa darah dan toksiti am
Kajian Potensi Ekstrak Mas Cotek
Kajian Ekstrak Mas Cotek dan Prasarana

Kajian Potensi Herba dalam Fertiliti Lelaki
Kajian Kandungan Kimia
Kajian ‘phoytocemical screening’

ISOmedic, minuman gabungan isotonik dan herba ini yang dibantu pembuatannya oleh MARDI dengan kerjasama FAMA akan dipasaran setelah dilancarkan oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani di Mini MAHA Selangor, bertempat di Sg. Besar.
Hasil kajian MARDI, gabungan elemen-elemen berikut telah dikenalpasti sebagai minuman kesegaran iaitu:

ASID SITRIK
Sebagai pengimbang dan rasa dalam larutan yang dihasilkan.
Mengekalkan nilai pH bahan dan perasa.

NICOTINAMIDE
Mencegah masalah radang kulit.
Sebagai vitamin tambahan dan anti kegelisahan.
Meningkatkan daya tahan diri.

SODIUM BENZOATE

Pengimbang di dalam larutan yang dihasilkan agar tidak tercemar.
Merupakan pengawet semulajadi makanan.

SODIUM BIKARBONAT
Membantu meneutralkan espirin yang berlebihan.
Sebagai pembersih dengan cara meneutralkan pembentukkan asid
bertindak sebagai antiseptik.

POTASSIUM PHOSPHATE (kesan kekurangan)
Kepenatan - tenaga yang berkurangan
Lemah daya berfikir - Letih dan kelesuan - Mudah lupa.
Ketegangan minda - Kurang Keyakinan Diri dan Kosentrasi
Selalu susah hati - Mudah takut - Cepat cemas. - Mudah marah
Pandangan yang lemah - Cepat pening apabila berfikir
Mudah tersinggung

SORBITOL
Pemanis yang kurang kandungan kalori.
Bertindak sebagai pencuci didalam perut.
Dihasilkan daripada bahan organik asli.

VITAMIN B KOMPLEKS

Memainkan peranan penting dalam sel motabolisma.
Mengekalkan kesihatan kulit.
Mengurangkan risiko kanser.

SUKROSE

Sebagai sumber tenaga.-
Berfungsi sebagai pemberi rasa.

TAURIN
Untuk kesegaran mata dan penglihatan yang jelas.
Menstabilkan degupan jantung.

SODIUM CHLORIDE
Sebagai pengimbang ketidakstabilan.
Memberi kepekatan yang seimbang antara cecair dalam tisu dan dalam sel.

Sebelum ini Delto Medicama Plantation, satu syarikat bumiputera yang beroperasi di Daerah Sabak Bernam telah mengeluarkan produk berasaskan herba Mas Cotek gabungan 7 spesis yang terpilih dalam bentuk teh, kapsul, kopi, minyak dan krim. Delto Medicama Plantation juga terlibat dalam membawa herba mas cotek ini kepasaran luar yang selama ini hanya digunakan secara tradisional. Produk Delto telah dijual di negara ini termasuk Brunei Darussalam, Thailand dan Indonesia.

( minyak herba mas cotek)

(Kopi mas cotek )

( krim daun segar)

( kapsul buah mas cotek)

( teh - dari daun 7 spesis mas cotek)

Untuk memastikan bekalan ekstrak sentiasa mencukupi, pihak syarikat ini membuat ladang secara fertigasi dan kini telah menanam herba ini secara komersil dengan lebih 50 peserta tertumpu di daerah Tanjung Karang dan Sabak Bernam. Kaedah penanaman yang betul amat dititikberatkan akan kualiti herba dapat dikekalkan. Media untuk tanaman Mas Cotek mestilah mengikut seperti yang dilakukan oleh Delto Medicama Plantation supaya hasil tanaman tidak mengandungi logam berat. Ia mesti ditanam mengikut habiat asalnya, sebagai tumbuhan efifit, menompang tetapi tidak membunuh pokok yang ditompangnya. Bahan yang digunakan di dalam penyediaan media tanaman mas cotek adalah seperti microorganisma, “coco-peat”, sekam bakar dan topsoil.

( ladang mas cotek )
( pembenihan )
( anak pokok )

Saya berharap agar segala anugerah Allah ini dapat dimanfaatkan dan dikongsi oleh semua. Saya juga berterima kasih kepada pihak Mardi dan Fama di atas bimbingan dan kerjasama yang telah diberikan. Terpenting adalah fardhu kifayah - alternatif kepada produk halal, suci dan baik......




Salam Ukhuwah dari Hj Mohd Ali
Tel : 0163864420 / 0136715870 / 03 32248835
email :
kangmascotek@gmail.com








No comments:

Post a Comment