Thursday, November 12, 2009

Pelancaran ISOmedic

Pada hari Ahad, 8 November 2009 jam 4.00 petang, secara rasminya ISOmedic telah dilancarkan oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, YB Dato Noh Omar di mini MAHA, Sungai Besar, Selangor.
Malam sebelumnya Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Najib Tun Razak bersama-sama dif-dif kehormat telah dapat merasai minuman kesihatan ISOmedic ini.
Rata-rata pengunjung yang telah mencuba minuman ini mengakui akan keenakan dan kesegarannya. Manakala khasiatnya dapat dirasai selepas beberapa jam atau hari berikutnya atau hari-hari berikutnya. Ini kami dapati pengujung yang cuba membeli dan minum sebotol ISOmedic ini, iaitu 150ml, datang semula pada hari berikutnya menceritakan kesannya dan terus membeli sekotak. Mereka juga meminta nombor telefon. Ada juga sudah hampir tiga hari baru menghubungi kami untuk mencari ISOmedic.


Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani YB Dato Noh bin Omar melancarkan ISOmedic - minuman kesihatan. Disebelah beliau ialah Pengarah Urusan Delto Medicama Plantation, Encik Nasnan Jajuli (kanan sekali), yang bertanggungjawab dalam proses membuat produk ini yang dibimbing oleh MARDI dengan kerjasama FAMA.



Masing-masing angkat ibujari atau thumbs-up atau cap jempol menunjukkan betapa enak dan segarnya ISOmedic ini.



Perdana Menteri Malaysia YAB Dato Seri Najib Tun Razak juga telah menikmati ISOmedic ini. Pengarah Urusan Delto Medicama Plantation, En Nasnan (berbaju batik kanan sekali) menghidangkan Isomedic kepada YAB Perdana Menteri dan dif-dif kehormat lain


Selepas dari pelancaran itu, berbagai pihak telah bertemu dengan kami bertanyakan tentang ISOmedic dan berminat untuk sama-sama mengembangkan produk muslim ini sebagai memenuhi fardhu kifayah.

So, kepada semua pembaca dan muslimin muslimat dan juga semua, marilah gunakan barangan suci, bersih dan halal.

No comments:

Post a Comment