Friday, November 13, 2009

Minum ISOmedic cara Tuan Guru Hj Abd Hadi

Pada hari Ahad, 1 November Dato Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Presiden PAS telah merasmikan Penutupan Jambori Amal Pusat di Batu 23, Sg. Nibong di kawasan Sungai Besar , Selangor. Semasa beliau dihidangkan ISOmedic, mula-mula dibaca apa yang tertulis pada botol minuman, kemudian bertanya tentang pembuatannya, lepas itu buka tutup botol, tuang dalam cawan, doa dan minum.
Kita dapat membezakan seorang yang berilmu dan mengamalkan ilmunya. Memang dalam Islam, adalah makruh jika kita minum terus dari bekas minuman termasuklah botol. Biasanya kita ini, orang awam, buka tutup lepas tu minum, doa pun kadang-kadang miss.



Presiden PAS, YB Dato Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Ustaz Hassan Tantawi (Ketua Pemuda PAS Pusat) disebelah kiri beliau sementara disebelah kanannya pula ialah Ustaz Salehin Mukhyi (Ketua Pemuda PAS Selangor) sedang mencuba ISOmedic.

No comments:

Post a Comment